Panglima Angkatan Tentera (Thailand)

Panglima Angkatan Tentera
Bahasa Thai: ผู้บัญชาการทหารสูงสุด
Bendera Panglima Angkatan Tentera
Penyandang
Jeneral Chalermpol Srisawat
sejak 1 Oktober 2020
Kementerian Pertahanan
Lapor kepadaMenteri Pertahanan
PusatLak Si, Bangkok
PenamaMenteri Pertahanan
Dilantik olehRaja Thailand
Dibentuk13 November 1940
Pemegang pertamaFil Marsyal Plaek Phibunsongkhram
Tapak webTapak web rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Panglima Angkatan Tentera, sebelum itu dikenali sebagai Panglima Tertinggi, (Bahasa Thai: ผู้บัญชาการทหารสูงสุด) adalah panglima medan keseluruhan Angkatan Tentera Diraja Thai. Beliau juga bertanggungjawab mengurus Markas Angkatan Tentera Diraja Thai (disingkat sebagai MK ATDT). Jangan dikelirukan dengan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai yang merupakan Ketua Negara dan Raja Thailand.

Sebelum tahun 1960 jawatan ini adalah ciptaan ad hoc oleh Fil Marsyal Plaek Phibunsongkhram, semasa Perang Dunia II. Namun, dibawah Fil Marsyal Sarit Thanarat jawatan tersebut menjadi kekal, dan bahkan pada awal kewujudannya telah digabungkan dengan jawatan Perdana Menteri Thailand. Pada Februari 2008 nama Inggeris jawatan itu telah ditukar dari Supreme Commander (Panglima Tertinggi) ke Panglima Angkatan Tentera dengan penyusunan semula Markas Perintah Ulung kepada Markas Angkatan Tentera Diraja Thai (walaupun istilah Thai tetap sama).

Oleh kerana Panglima Angkatan Tentera bertindak seperti koordinator antara cabang perkhidmatan dan beliau memerintah pasukan tentera lebih kecil dari Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, jawatan ini biasanya dikhaskan untuk jeneral kanan tentera yang tidak akan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sudah menjadi kebiasaan untuk melantik panglima angkatan tentera ke pangkat empat bintang bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera.

Panglima terkini ialah Jeneral Chalermpol Srisawat sejak Oktober 2020.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy